Tuesday, February 18, 2014

Tampal Gigi di Klinik Swasta

Alkisah hari ni busy betul aku. Ada 3 benda aku nak kena buat. First hantar nenek aku pergi hospital sebab dia ada post treatment chemo. Mak aku teman nenek aku. Dah lepas hantar tu baru perasan aku tertinggal phone kat rumah. Memang kena amek balik la kan. Karang camne mak aku nak call kalau dia dah sudah. Amek la kejap phone then terus pergi Klinik Kesihatan Presint 11 Putrajaya


Aku dah 2 hari sakit tekak, batuk dan selesema. Nasib baik tak demam. Hari ni suara aku nak keluar pun macam dah takde dah. So aku pon nak pergi klinik amek ubat. Klinik ni baru lagi sebab dia dekat area bawah rumah apartment baru depan sekolah presint 11 (1) tu. Masa aku pergi aku sorang je patient. Takde orang langsung. Bagus jugak takde lah kena tunggu lama. Mak aku kata kalau pergi klinik kesihatan presint 9 tu, lama betul nak tunggu. Patient sampai beratus. Aku rasa ramai yang tak tau kot pasal klinik yang kat presint 11 ni sebab baru lagi. So aku suggest sape2 nak gi klinik kat area putrajaya ni pergi la yang kat klinik presint 11 ni. Cepat mudah dan pantas. Kena bayar singgit jer.

Then misi seterusnya nak pergi klinik gigi. Mula-mula decide nak pergi yang kat presint 15 diplomatik tu. Sekali sampai2 tutup pulak. Call pun tak angkat. Tah pukul berapa tah bukak. So aku pergi Klinik Pergigian Halizah, Bangi. Betul2 belakang Warta Bangi. Aku call hari sebelumnya tanya diorang berapa rawatan kalau nak tampal. Dia kata RM80. Aku tak ingat dia kata RM80 dan ke atas ke apa. 

So aku pergi sana. Daftar kejap then tak lama lepas tu nama kena panggil. Cepat betul. Dah masuk dalam rasa seriau pulak. Yela dah lama tak jumpa dentist. Last jumpa sebelum aku fly hari tu. Tak suka perasaan pergi klinik gigi. Nape tah. Masa dia nak tampal tu mula2 dia akan cuci dulu. Ngilu ya amat. Tapi tak lama dalam 2 3 minit camtu kot lepas tu dia start tampal. Kejap je la total dalam 10-15 min dah siap dah. Doktor kata gigi aku berlubang besar gak. Ye la kot aku dah perasan dah sebelum ni berlubang sikit tapi biar jer lepas tu dia jadik makin besar kadang2 rasa macam pecah sikit gigi pon ada gak. Sebab tu la kot. So lepas tampal rasa cam pelik sikit gigi sebab tak biasa kan. Tapi lama-lama ok jer.

Time nak bayar aku tanya la berapa. Sekali dia kata RM150. Mak aihhhh. Aku tak cakap apa dalam hati jela sebab malas nak cakap suara aku takde. So aku bayar jer. Bagi aku macam mahal jer. Ke ni standard swasta punya harga? Aku bajet macam bawah 100 jer. Hmm takpela nak sihat kena la keluar duit sikit ye dak? Teehee. 

Ok dah setel semua. Jom balik!

Lepas je balik tiba-tiba dapat call dari Nuffnang suruh datang event diorang lepas tu buat post and review pasal event tu. Diorang akan bagi RM150. Alhamdulillah. Rezeki Allah ada di mana-mana. Terubat sikit hati sebab kena bayar mahal tadi kekeke ;)