Tuesday, February 18, 2014

Plitvice Lake (Plitvička Jezera), National Park Croatia

Aku nak sambung pasal trip hari tu yang tergendala almost empat bulan. Padahal nak kata busy tu tak langsung. Lepas aku habis study dalam bulan 9, aku stay kat UK sampai bulan 1 sebab nak tunggu konvo. So sepanjang 4 bulan lebih tu aku dok rumah banyak makan, tido, tengok movie. Ada la jalan-jalan sikit tapi takde la keluar UK just dalam UK aje. Yela tinggi kot kos duduk sini dah la masa tu dah tak dapat elaun. Terpaksa gunakan duit simpanan yang tak seberapa. Hehehe. 

Ok back to the topic. Alkisah masa aku pergi Croatia tu, short vacation je sebenarnya sebab 5 hari jer. Aku pilih Croatia pun sebab tiket flight murah pergi sana. Memang plan nak gi dua negara masa awal-awal plan nak pergi Norway. Tiket murah tapi bila tengok accomodation mahal pulak. So pilih la Croatia. Tu pon takat pergi satu city je Zadar. Pasal Zadar aku cerita nanti la. Nak cerita pasal plitvice ni dulu sebab aku suka tempat nya cantik ya ampun!! Masa jalan2 kat Zadar tu ada la macam booth orang jual package nak gi Plitvice National Park or pergi pulau-pulau. Tapi orang tu kata kemungkinan hujan kalau pergi pulau memang tak nampak apa. Tapi kalau pergi national park tu even hujan still boleh tengok pemandangan semua. Memang takde plan pun sebenarnya nak amek package ni. Plan hanya nak jalan2 sekitar Zadar. Tapi dah alang-alang orang kata, kitorang beli jer. Sorang harga dia dalam 60€. Boleh la kan. Lagipun tengok gambar tempat ni memang cantik so macam sayang kalau tak pergi. Tour nya start pagi dalam pukul 8am sampai la petang. 

Disebabkan takde plan nak gi National Park tu, aku takde pon bawak kasut yang sesuai. Yang aku bawak kasut jalan aku, loafer yang manik-manik tu je. Sebab ingatkan jalan2 kat pantai just nak beli selipar jer. Takkan nak pakai kasut tu kan masuk hutan. Aku pun carik la kasut2 jual kat area situ. Mmg mahal la. Kasut yang biasa-biasa ala2 sneakers bodo pun mahal. Kalau aku beli kang mesti tak pakai pun so malas la. Last-last aku pakai selipar je. Haa sempoi tak pergi masuk hutan pakai selipar jer. Layanz..

So pagi tu tunggu kat area dia suruh tunggu, lepas tu pergi sana naik van. Ada dalam 9 orang total termasuk tour guide dengan driver. Ada dua couple dari France sorang lagi dari Ireland. Dari Zadar dalam 2 jam jugak nak ke sana. Package ni include breakfast dan lunch sekali. Masa nak gi sana dia singgah makan jap untuk breakfast kat satu restaurant ni namanya Fortuna. Lepas makan kitorang gerak sana. Sampai sana tour guide tu briefing sikit-sikit lepas tu terus masuk hutan tu. Dan dia bagi tiket masa tu. Tak silap harga tiket tu 110 Kuna harga dia. Tapi tu dah termasuk dalam package yang kitorang bayar so tak perlu bayar lagi. Masa tu dah start hujan dah renyai-renyai. Dengan pakai selipar je kena berhati-hati jugak lah aku takut jalan licin ke apa kan. 

Before bertolak. Hostel ada bagi breakfast jugak yg dalam paper bag tu.



Ni restaurant tempat kitorang berhenti tu. Cantik jugak tempatnya 

Gonjengnye aku pakai selipar jer kakaka

Masuk-masuk je lepas nampak air tasik tu, rasa macam Ya Allah indahnyaaa. Air dia memang jernih lepas tu biru sangat-sangat. Boleh nampak sampai ke dasar dia. Katanya tasik tu kaya dengan mineral sebab tu color dia boleh jadik biru kehijauan macam tu. Plitvice Lake ni salah satu UNESCO World Heritage jugak. Disebabkan hujan terpaksa la pakai rain coat. Nak amek gambar pun susah sebab air hujan asik kena kat lens. So kadang-kadang gambar jadik kabur. Kena lap betul2 baru ok.


Ni entrance dia
Masa mula-mula nampak air biru. Dah excited masa ni.


Kat tempat ni banyak tasik dan waterfall. Ada kena jalan dan ada kena naik boat nak merentasi tasik tu. Boat naik dalam 3 kali kalau tak silap aku. Banyak jalan jela. Tour guide aku tu pulak kemain laju jalan dia. Nak amek gambar pun tak sempat. Kalau pergi sendiri lagi best kot boleh take time lama-lama.

Ni yang couple dari France tu. Buat apa haa?
Ni yang aku kata nampak dasar dia. Emang dasar
With my travelmates. Kak Anis dan Khai. 

Kat sini banyak sangat jambatan yang macam ni. Memang laluan dia
kalau lalu tengah tasik tu memang jambatan ni.

Salah satu air terjun
Aku paling suka gambar ni sebab macam lukisan pulak rasa. hehehe. 
Kena la masuk aku gak. Tehee.


Ikan-ikan pun banyak kat sini.




Gambar ni pun aku suka sangat. Tapi macam ada blur sikit kena air hujan.



Ni boat yang kitorang naik.


Ni jambatan on the way nak naik gua.  

Yang ni gambar dari atas lepas lalu gua. Aku tak naik sampai atas sebab tak larat.
Ni dari camera kawan aku. Credit to Khai. Cantik sangat. Nyesal sebenarnya tak naik. Hoho
Ni la yang ikut tour sekali
Rasa macam nak mandi je kat sini

Ni kat waterfall yg paling tinggi kat sini.
Khai jahat kata muka kak anis sama macam orang dalam duit Croatia ni. Matawang sini pakai Kuna.

Lepas balik kitorang singgah restaurant tu balik untuk lunch pulak. Tak ingat dah pukul berapa sampai Zadar balik. Balik-balik je kitorang terus balik hostel. So bagi aku memang berbaloi-baloi la pergi sini. Kalau korang pergi Croatia, jangan lupa singgah tempat ni ok. Really worth it. 

Haa panjang pulak aku membebel :) 

Ok byeee!