Sunday, February 16, 2014

Balik Kampung

Dua minggu lepas aku balik kampung dengan family aku. Kampung aku dekat area sekinchan. Kampung Parit 13. Area orang banjar. Hehe. Mak pakcik nenek aku tau la cakap banjar. Aku tak tau. Dulu masa kecik tau sikit-sikit sebab pernah duduk dengan nenek lepas tu lupa. Aku sekolah kat kampung tu kejap masa tadika. 

Kampung aku ni best la sebab area sawah padi. Aku memang suka balik kampung sebab rasa nyaman dan permai jer. Suasana kampung tu kira ada lagi la. Petang2 nanti angin bertiup sepoi-sepoi bahasa sambil lepak atas buai. Pulak tu mak goreng pisang ke cempedak ke, memang heaven. Makan ramai-ramai. Lepas tu kait buah kelapa, potong tebu. Memang best. Kalau abang ipar aku dia suka balik kampung sebab nak memancing. Aku tak pernah lagi try memancing. Hehehe. 

Kampungku

Adik sepupu dan anak buah aku. Belakang tu rumah nenek aku

Watching sunset

Anak buah aku Fira. Dia ni kemain manje lagi.

On the way back to kampung with my mom

Simpang masuk kampung




Sempat lagi adik aku photoshoot baby bump. Hari last before dia terberanak

Menikmati air kelapa

Masa nak balik


Anak buah Arya dan Rafa'el

Ni la baby Rafa'el lahir masa hari last kat kampung. Sempat sampai Putrajaya before lahir.

Dah pandai senyum

Baby Arya yang comel dan baik jer. Geram.

Ada ciri2 keibuan tak kahkah

Okay ritu aku ada main make-up2 dengan adik aku. Ni la hasilnya. Kira makeover katanya. cewahhh. Taknak tunjuk muka asal, seram mak. kekeke! Jgn mare.





Ok tu jer. Terbanyak pulak gambar. Teehee.