Saturday, March 02, 2013

Program Pasca Siswazah Luar Negara MARA 2013


Untuk semua yang bertanya di entry ini, permohonan MARA akan dibuka pada 5 Mac ni. Jadi bersiap sedia lah ya. Boleh tengok syarat-syarat kat situ. Kebanyakan sama macam tahun lepas tapi ada ubah sikit-sikit. Sedikit info untuk permohonan fasa kali ni.

FASA PERTAMA

1. Isi maklumat diri, keputusan akademik, universiti mana nak pegi & bidang pengajian yang hendak diambil.

2. Mara tak mintak upload transkrip/sijil etc (Untuk kali ni Mara ada state yang tengah final sem boleh apply. Tahun lepas punya, dia tulis hanya untuk yang dah tamat pengajian, tapi saya apply gak nasib baik dapat. Cuba nasib. hihi)

3. Tidak diminta untuk upload offer letter from universiti. Cuma state je uni mana yang dah dapat. Kalau tak dapat pun, tulis je mana-mana dulu sebab boleh tukar uni selagi belum hantar agreement.

4. Mara keluar dalam bulan April.

5. Pada siapa yang gagal, boleh buat rayuan. Kena isi pengalaman kerja dan justify kenapa Mara perlu bagi korang sponsor.

6. Keputusan rayuan keluar pertengahan bulan Mei.

Ok ni contoh untuk tahun lepas, no interview dan senang sangat. Tahun ni tak boleh jamin macam mana. Harapnya sama jugaklah. Wish u all the best!

Kat facebook ada satu group Mara untuk program ni, siapa yang nak apply tu sila join group ni ye. Sangat bermanfaat. Kat situ korang boleh bincang macam-macam sebab group members semua ada yang tengah study dan semua yang baru nak apply. So diorang boleh membantu sedikit sebanyak untuk proses Mara ni. Fasa kedua dan seterusnya agak melecehkan jugak. hehehe.