Friday, February 22, 2013

Glory glory Manchester United


Haha tajuk kengkonon aje tu. Padahal tak tau sangat apa pon pasal bola. Disebabkan hari tu kawan aku nak bagi ticket murah tengok Manchester United vs Reading, so aku pon nak la jugak merasa pengalaman tengok bola kat stadium ni. Sebelum ni last aku pergi stadium masa aku darjah 1 kot pergi Stadium Shah Alam. hihi. Memang ada dalam plan before balik Malaysia nak tengok bola kat Old Trafford, so lepas dah tengok ni kira dah la kot. Asal merasa orang kata. Gituuu :p

Sheffield pergi Manchester dekat je dalam sejam je naik train. So hari isnin lepas aku gerak dari Sheffield pukul 4pm. Game start pukul 8pm. Pergi awal sebab nak pergi ambik ticket dulu. Memang agak jammed jugak la sebab ada game kot. Sampai Manchester then naik bas untuk pergi Old Trafford Stadium. Sampai-sampai je suasana kat luar stadium memang meriah. Sebab ada ramai orang jual barang2 MU tu. Yang kat luar tu yang tak ori punya so murah la. If nak yang original boleh beli dalam official megastore kat situ gak. Aku beli muffler aje £5. hihihi. Buat syarat lahh kan. Konon-konon kasik bakar semangat tengok bola. Kononnnn lagi :p

Players MU yang aku kenal pun RVP dengan Chicharito je kot. Yang lain macam tak kenal sangat. Bila dah masuk stadium tu perasaan dia lain sikit. Bila ramai-ramai tu macam semangat pulak. Aku yang tak minat sangat bola ni dah semangat apatah lagi yang minat bola tu kan. Confirm excited gila. Nampak player pon alaa kecik je takde la nampak dekat-dekat. Kalo zoom kat camera baru nampak diorang. Hoho. Kira ni boleh dikatakan dah jumpa in real life RVP and Chicharito la kan. Hihi~ Maafkanlah saya yang jakun ini.


Sir Alex Ferguson Statue. Baru lagi statue ni

Pintu utama depan Megastore

Ramai orangg

Tengah tunggu nak masuk stadium

Yayy dah dapat ticket.

Masa player masuk. Bersorak semua orang

Masuk awal sejam. Takde orang lagi kosong aje stadium. hehe

Kawan-kawan yg rock!

During the game. Spot 14 and 20. hehehe

RVP. Muffler pinjam. hehe

GGMU!

Old Trafford Stadium. Theatre of Dreams


The ticket. 

Game habis Manchester 2 - 1 Reading. Berbaloi la jugak tengok ada goal kan. Apa-apa pun I really enjoyed it!