Thursday, February 07, 2013

Barcelona

Dah berkurun dah perginya baru nk cerita. So outdated kan. hahaha. Tapi macam biasa lah. Nak jugak cerita untuk kenang-kenangan nak baca-baca balik nanti. Gituu kan. Aku pergi ni bulan December hari tu masa cuti dengan 7 orang yang lain. Kira 4 orang dari Sheffield dan 4 orang dari Cardiff. Gerak dari Sheffield 16 Dec petang. Flight pergi Barcelona dari London Stansted pagi esoknya. Berkampung kejap lah dalam airport tu semalam. Nasib baik ada tempat lepak yang best kat Costa. Takdelah duduk kat lantai-lantai aje. hihi

Esoknya pagi pukul 8.30am naik Ryanair ke Barca. Semua ticket flight, accomodation semua bukan aku yang uruskan. Semua dah diuruskan oleh kawan-kawan aku. Aku menumpang aje. hihihi. Around pukul 12 camtu sampai Barca. Dekat je pon. Beza waktu sejam dengan UK. Sampai-sampai naik bas pergi tempat area hostel yang kitorang duduk. Kat BCN Loft. Rehat-rehat kejap then keluar berjalan. First tempat kitorang pergi kat area pantai. Barceloneta Beach. Cantik gak pantai dia. Ada orang buat istana pasir cantik-cantik sangat siap ada keluar air lah, api lah. 



Kat depan Museu d'Història de Catalunya
La Barceloneta Beach. Berani mati duduk atas beach tu. Banyak taik.

Harbour. Banyak boats.

Lepas tu kitorang cari tempat untuk dinner. Kat sini makan seafood je la sebab susah nk carik makanan halal. Tapi kena tengok kedai jugak la. Banyak kedai boleh pulak main gantung-gantung babi. Memang tak la kitorang nak masuk kan. Lepas dinner balik hostel.

Esoknya pulak kitorang jalan kat tempat menarik-menarik yang lain kat Barca antaranya The Sagrada Familia, La Pedrera, Park Güell, Las Ramblas, Stadium Barcelona, Camp Nou. Bangunan kat sini bagi aku sangat unik. Ada Fountain Monjuic kitorang nak pergi tapi takde pulak masa tu. Takpelah.



At Park Güell

At La Sagrada Familia. Bangunan ni start bina since 1882 tapi tak
siap-siap sampai sekarang. Lama gila kann.

Casa Batlló. Unik bangunan ni

Nak gi jumpa Messi kejap

At Barcelona Stadium, Camp Nou.

Ni pulak kat pasar Barca. Best gile sebab jumpa air tembikar.
Very refreshing lama gila tak makan tembikai.


Kat Barcelona 3 hari. Esoknya gerak pergi Lisbon, Portugal. Yang tu nanti aku cite ye. Nak tulis ni pon dah bape lama tah jadik draft. Sabo jela T_T Byeee