Saturday, December 08, 2012

The Holiday's Gonna Start Soon!

Semalam last kelas aku before cuti christmas start. Aku tak sure start bila sebab aku ni kira dah start la kan. hahaha. Dalam sebulan kot cutinya. Next kelas aku tahun depan 7 Januari. Macam lama lagi aje bunyinya. Winter break ni pun aku dah ada plan nak berjalan. Nak pergi Barcelona and Portugal. Dari 16 Dec sampai 24 Dec tak silap. Lepas tu stay kat London sampai 26 sebab nak tunggu Boxing Day. Sebelum berjalan aku nak pastikan assignment siap dulu. Sebab deadline hantar assignment 4 Januari. Kot la dah seronok berjalan lupa nak buat kan. Better buat awal-awal dulu.

Cakap pasal assignment, agak stressed jugak la sebenarnya nak buatnya. Setiap assignment kena buat around 3k-4k words. Bagi aku banyak gile sebab soalan dia kadang-kadang ada yang calculation. Biasa calculation mana pakai banyak words sangat pun kan. Penat nak mengarang ayat. Dan setiap assignment nak hantar kena lalu TURNITIN. Website ni boleh detect plagisarism so memang tak boleh copy and paste macam aku selalu buat masa degree dulu. hihihi. Baru hantar dua assignment. Cuak jugak sebenarnya. Markah pun tak dapat lagi. Harap-harap ok jela. Sebab dia kena pass certain grade kalau tak, tak boleh pass Msc. Cuakkk!!

Well last week aku ada pergi Manchester. Kira second time aku pergi sana. First aku pergi dulu masa kat UTM. Itu nanti la cerita. Sekarang nak cerita pasal pergi main bowling. Last week jugak. Dah lama tak main bowling kot. Markah aku takde yang cecah 100 pun. Hampeh betul. Ceh padahal memang tak tere main bowling. Main dua game kat sini dalam £11. Kalau convert duit malaysia rasa macam mahal giler. Tapi layankan jela bukan selalu pon. 

My team mates. Me, Pnut, Tengku and Rahim

Ada budak team lain menyibuk. hihi

Main basketball sementara tunggu semua orang sampai
The Girls
With Zura.

Esok nak pergi Christmas Market dekat Lincoln. Kawan aku cakap ni salah satu christmas market yang popular dekat UK ni. Pergi ni under university aku. Ada event Give It A Go pergi sana. Ok harapnya aku bangun la esok kan. Weee