Tuesday, December 11, 2012

Stonehenge

Dulu-dulu tiap kali tengok gambar Stonehenge kat wallpaper Windows mesti aku rasa, cantiknya tempat ni. Satu hari aku mesti nak pergi sini. Tempat ni pernah jadi seven wonder of the world tak silap. Masa pergi GOP bulan April hari tu ada gak suggest nak pergi sini tapi tak kesampaian. But at last, 4 Nov haritu (cerita dah basi, tapi nak cerita gak) aku dapat gak pegi sana. Aku join university trip, Give It A Go. Menarik kan siap ada university trip. Banyak gak trip yang ada tapi baru beberapa je yang aku join. Salah satunya yang ni la.

Pergi trip ni mostly memang naik bas. Bayangkan lah dari Sheffield nak ke sana amek masa 5 jam lebih. Lama gila. Nasib baik la sepanjang perjalanan aku tidur je. So takde la pening sangat naik bas lama-lama. Kawan aku yang lain siap muntah-muntah dah sebab pening. Agak jauh la jugak tempat ni. Sampai-sampai memang terus pergi Stonehenge tu dulu. Masa tu sejuk sangat dan angin kuat. Maybe sebab tempat tu kat kawasan lapang, angin dia direct je. Memang tak selesa sangat sebab sejuk. Dan macam hujan renyai-renyai sikit.

Bila dah betul-betul depan batu stonehenge tu, I was like, memang pergi jauh-jauh semata-mata nak tengok batu ni je ke sampai 5 jam perjalanan. Memang kat kawasan situ, ada batu tu sahaja. Lepas tu, tak boleh tengok secara dekat pun. Tengok dari jauh je boleh sebab memang tak boleh cross tali yang dia letak kat situ. Nak amek gambar pun rasa tak best sebab cuaca yang sejuk tu. Last-last semua gambar memang buruk pun. hihihi.



Lihatlah betapa serabainya aku. Angin kuat sangat
masa ni sampai bulat ha muka aku jadinya.  T__T



Pergi Stonehenge tu kejap je lepas tu kitorang berjalan kat Bath City. Cantik bandar dia tapi yang sedihnya tak sempat berjalan sangat sebab tak sempat. Dalam beberapa jam je tau-tau dah kena berkumpul balik. huhu. Rasa sayang pun ada sebab ye la dah jauh-jauh jalan kan tapi tak sempat nak tour semua tempat. Takpela, maybe bext time.


The Roman Bath. Ni pon tak sempat masuk ok

Apa-apa pun akhirnya tercapai jugaklah hasrat nak pergi tengok Stonehenge tu even tengok batu je kan. hihihi.