Wednesday, November 14, 2012

Great Weekend at Edensor

Dua minggu lepas, aku dengan kawan-kawan kat Sheffield pergi berpicnic dekat Edensor. Edensor ni area Peak District gak. Macam pelik je picnic waktu sejuk-sejuk ni kan. Tapi layan je la. Nak merasa sangat berpicnic kan. Malam tu tido rumah Tengku dengan Lina sebab nak masak makanan-makanan untuk di bawak ke sana. Esok pagi nya janji nk naik bas pukul 8am. Tapi terlambat, terlepas bas. Dah ramai-ramai kat rumah tu, tunggu turn nak mandi lagi. Sampai marah kawan aku yang mengorganize trip ni sebab lambat. Dia dah ternaik bas dulu. hahaha. Yang organize tu kawan aku dari Sheffield Hallam, Khai. Yang sesaing dengan aku datang Sheffield tu. Last-last naik bas pukul 9.30 am. Biasalah janji melayu kan. Even kat uk, takkan melayu hilang di dunia katanya. Menangis kalo hang tuah baca :p 

 Yang pergi masa tu sebelas orang kalo tak silap. Semua Malaysian tapi ada sorang dari Thailand, sorang dari China. Classmates kepada Zura.

Tengah tunggu bas
Bentang tikar. Ready to eat.




Playing Frisbee!! Macam-macam gaya. hihihi :D



Sampai sejam lepas tu. Tak lama pun. Naik bas pergi balik kena £5.80 kot. Lupa lak. hihi. Sampai-sampai jer, carik port nak bentang tikar. Tikar lah sangat padahal alas meja beli £1 kat poundland. hehehe. Tapi layan je la. Asal boleh. Lepas tu makan sikit, then main frisbee. Hentam je main sebab semua orang pun tak tau camne main dia. Asal boleh jugak. At least ada la jugak benda nk memanaskan badan. Cuaca takde la sejuk sangat masa ni kira ok lagi kot.

Yang paling challenging sekali, main frisbee kat padang yang banyak gile taik. Taik kambing ke lembu tah. Kat situ memang banyak binatang so taik pun banyak ler. Dah satu kerja nak kejar/tangkap frisbee, kena watch out step takut terpijak taik. Aku rasa macam ada terpijak gak masa tu. hahaha. Yucks. Siap buat tempat taik tu marking utk goal. Sabo jela.

Lepas tu tengahari sikit kitorang masuk kat dalam Chatsworth House. Entry untuk masuk tempat ni £13. Dia macam muzium kot tengok barang-barang dalam rumah tu.

The Chatsworth House

Haha perbarisan ke camne ni.

Nak jugak



Lepas lalu rumah tu, ada kawasan lapang macam garden kot. Pemandangan memang cantik sangat. Ada tasik, maze, pokok-pokok, batu-batu. Kira back to nature la. hehehe. Daun pun memang mostly dah color oren. Feeling2 autumn in my heart kan.



Best main baling-baling daun 


Ni gambar dari instagram aku pulak. Saje nk share. Nak follow pon boleh. heee. nurhidayahisa





Balik petang tu tak ingat kol bape. Tapi memang dah malam la. Sekarang ni kol 4.15pm dah masuk manghrib. Cepat gila kan. Em tu je la kot cerita pasal Edensor. Yang pasti minggu lepas banyak gila aku jalan. Nanti nak cerita pasal pergi Stonehenge/Bath pulak. heee. Byee.