Thursday, November 01, 2012

Peak District: Derwent Reservoir

Sabtu lepas aku join program under SMSA pergi Peak District. Peak District ni besar tau. Banyak tempat boleh pergi. Tapi yang kitorang pergi ni area Derwent Reservoir. Ada dam besar kat situ. Dekat je dari Sheffield dalam setengah jam je dah sampai. Bertolak pukul 10am hari sabtu naik bas. Ramai gak yang pergi. Sampai dalam pukul 10 lebih kot. Kat tempat tu ada tempat sewa basikal. So boleh la bawak basikal jalan-jalan area tu. Tapi masa datang tu macam hujan, cuaca memang sejuk gila wa cakap lu. Kalau naik basikal, lagi la sejuk kan. 

Aku tak sewa pon basikal, jalan-jalan je dengan kawan-kawan amek gambar. Memang best giler sebab pemandangan dia cantik sangat. Sangat relaxing. Kalo korang yang agak-agak tension ke kan, boleh la melapangkan fikiran kat sini. Suasana aman damai lagi permai. Jom tengok gambar. 









Happy tak muka aku. haha

Tapi memang aku happy pon sebab memang best keluar jalan-jalan dengan member. Member lak jenis yang gila-gila. hehe. Kitorang gerak balik dalam pukul 1.30pm. Masa tu semua dah mengigil kesejukan sebab hujan kan, sejuk. Tangan dah kebas, kaki pon sama sebab air hujan masuk dalam kasut. Kasut aku tak kalis air. Nasib la kan. Sampai uni dalam pukul 2 lebih tak silap. 

Balik-balik pulak pergi tiba-tiba terpergi city tanpa dirancang sebab ada fright night. Orang semua bertukar jadik hantu. Sebab dah nak halloween. Yang tu nanti la aku cerita. hehe