Wednesday, October 31, 2012

Aidiladha

Lambatnye nak cerita pasal hari raya kan. hehe. Busy berjalan weekend hari tu. Tu yang tak sempat. Tapi takpe sekarang aku cite, taknak hampakan korang semua. *bajet ada orang baca je blog kau* haha. Ni memang kali pertama aku beraya di perantauan. Sebelum ni setiap kali raya memang dengan family. Kira pengalaman pertama yang berharga. Gituu. haha. 

Malam raya tu, SMSA (Sheffield Malaysian Student Association) ada buat takbir dari rumah ke rumah. So aku dengan nina bersetuju nak buat kat rumah. Means nak diorang datang la untuk takbir. So kitorang buat la makan-makan sikit. Menu malam tu, mee kari, puding jagung, dan bubur durian. Ok la tu kan? hehe. Ramai jugak yang datang malam tu dekat 40 orang jugak. Nasib baik la makanan cukup. Total rumah nak buat takbir rumah ke rumah ni 4 buah rumah. Rumah aku rumah yang kedua. So lepas rumah aku, aku ikut diorang semua pergi rumah yang lagi dua tu.

Menu malam raya
Sebahagian yang datang. Ramai tak masuk dalam gambar ni

Tuan rumah

Esok paginya pulak, aku tak pergi pun sembahyang raya. Ingatkan nak pergi, tapi something came up :p Tengahari tu aku pergi rumah kawan (Tengku dan Lina) aku sebab diorang ada buat makan-makan. Best giler sebab banyak makanan. Mostly tetamu yang datang semua yang baru datang Sheffield. 

My family at Sheffield. Dari kiri, Iman, aku, Lina, Zura, Ameer,
Khai, Anos, Sarfina, Nina, Tengku

Dessert yang banyak dan sedap. Gemuk aku camni T_T

Menu utama, nasi tomato. 

Rumah diorang cantik sangat. Macam hotel

Lepas makan kitorang decide nak amek gambar raya reramai kat luar. Motifnya nak ada feeling2 autumn la sket. Nak ada daun2 maple tu. hihihi. Pergi amek gambar dekat park dekat dengan rumah diorang jer.


Gambar raya. Selamat hari raya dari kami warga Sheffield ;)