Sunday, September 30, 2012

My First Class

Isnin lepas kelas aku dah start dah. Kelas Isnin-Khamis. Agak hectic jugak la sebab kelas start 9am dan habis 5pm selama 4 hari berturut-turut. Hari kelima aku dah pengsan (ok ni tipu). Masa mula-mula masuk kelas aku tengok ramai nye orang veteran. Sebab course aku ni ramai yang amek part-time. Maksudnya orang-orang yang dah kerja la kebanyakannya. Tapi ada jugak la yang muda-muda gak yang baru habis degree. Tapi takde la ramai sangat.

Yang duduk sebelah aku orang Nigeria. Dia kerja kat Baker's Hughes Aberdeen. Depan aku pon sama semua kerja kat Aberdeen. Masa mula-mula kena solve problem in a team aku mestilah yang paling senyap sekali. Yela diorang ni cakap susah sikit nak paham. Dah la cakap laju. Team masa tu 4 orang je. Most of the time aku senyap je diorang tanya baru aku jawab. Hehe. Hari ke 3 dan 4 tu baru la macam dah ok sikit. Takde la senyap sangat. Dah boleh la mix around sikit dengan diorang. Masa hari ketiga tu team aku bertambah lagi sorang, lelaki dari China. 

Kelas pertama ni kelas Introduction to Hazard Analysis and Risk Assessment. Semua benda yang aku pernah belajar sebelum ni. Kena recall balik la. Dah lupaa. hee. Yang bagi talk untuk module ni semua dari company DNV(Det Norske Veritas). Ada yang accent ok ada yang pekat gila tak paham T___T Kena fokus betul-betul baru paham. Itu pon 50% je agaknye. Susah jugak nak adapt benda baru ni.

Even kelas ni lama, tapi banyak break dia bagi so takde la tension sangat. Makanan, coffee and tea dia sediakan kat belakang. Time rehat boleh la makan. Even dia tengah mengajar pon, boleh je kalau nk amek coffee kat belakang. Makanan dia bagi macam muffin, puff, kuih dan biskut-biskut. Kira takdela kenyang sangat tapi boleh la alas perut. Kalau lunch biasa orang akan  keluar pergi lunch. Tapi dalam 4 hari tu sekali je aku keluar lunch. Sebab malas ramai sangat kat tempat nak lunch tu. Semua break waktu yang sama.



Bukan main tebal lagi notes

Hari-hari makan benda yang sama.

The Mappin Hall. Ni kelas aku. Nampak tak semua veteran. hihi


Gambar semalam. Err lebar nye senyuman aku.

So now aku free takde kelas sebab next class 14 Oct nanti. Tapi takde la free mana pon sebab kena siapkan assignment. Tapi assignment tu due dia 6 minggu dari tarikh habis kelas. Lama betul. Tengok assignment pun macam susah je. Cuak pulak takut tak boleh buat. huhu. Apa-apa pun i'll try my best! ;)