Tuesday, August 28, 2012

Cerita Hari Raya

Tak basi lagi kan nak cerita pasal hari raya? hehe. Excited cerita pasal braces dulu pulak semalam. Raya tahun ni beraya di Sekinchan, Selangor. Aku suka raya kat sini sebab suasana yang aman dan permai. Kira feel kampung tu ada lagi. Lagipon nenek aku dah stay balik kat rumah kat kampung tu. Sebelum ni nenek aku duduk kat rumah atok tiri aku. Tapi atok dah meninggal jadi balik duduk kat kampung balik. Lagipon pak cik aku duduk sorang-sorang kat sana sebelum ni.







Lepas beraya kat Sekinchan, pergi raya kat Muar pulak. Aku stay lama gak kat Muar sebab nak terus pergi kenduri kat Kulai lepas tu. Malas nk berpatah balik. Disebabkan aku lama stay kat Muar, maka aku dapat join budak2 sekolah aku beraya. Best sangat. Yang tu nanti aku cerita. Raya tahun ni aku dapat duit raya lagi. Yela tak kerja lagi kan mesti la masih layak dapat duit raya. hihi. Ada la dalam 150 camtu duit raya yang aku dapat. Boleh la dari takde kan. Bila lak turn aku nak bagi duit raya ek. Raya 2 tahun lagi kot.