Wednesday, August 29, 2012

Cara Kembalikan Data yang Hilang (Recover Data External Hard Disk)

Aku nak share cara aku recover data dan gambar-gambar dalam hard disk aku yang berkurun lama dah rosak tu. Dah bertahun jugak rosak tapi aku simpan jugak mengharapkan aku akan boleh hantar recover bila dah ada duit banyak nanti. Sebabnya, nak hantar hard disk untuk data recovery sangat mahal. Aku pernah tengok kat mana tah ada yang cecah sampai RM1500. Ada yang sampai 3000++ pon ada. Gila kan? Aku sayang gambar-gambar dalam tu sebab gambar aku since matrik aku save dalam tu. 

Lepas google-google banyak lah jugak software yang boleh guna untuk recover data ni. Tapi dalam banyak-banyak software yang aku try, hanya satu sahaja yang berjaya. Iaitu guna Remo Recover software.




Korang boleh pilih disk mana yang nak di recover

Senang je pakai benda ni. Aku pilih recover lost photos. Hard disk aku yang rosak tu still boleh detect. Nak bukak je tak boleh. Yang rosak tapi tak boleh detect tu aku tak sure pulak macam mana. Kira benda ni boleh jugak recover gambar-gambar yang terdelete jugak. Agak lama jugak masa nak di ambil untuk dia recover tu. Aku buat sampai berjam-jam. Tapi tak kisah la janji ada hasil. Lama pun takpe. hee. Inilah hasilnya lepas aku recover. Ni tak banyak sangat sebab kali kedua aku buat. Yang first dulu banyak gak gambar. Dekat 20k kalau tak silap.


So untuk sesiapa yang nak recover data tu boleh la try software ni. Mudah dan senang. Tapi kena download yang full version la. Aku dah lupa download kat mana. Korang pandai-pandai la google ok? hihi