Friday, June 19, 2015

Pulau Perhentian

Ini cerita aku pergi Pulau Perhentian bulan October tahun lepas. Betul2 basi punye cerita. Post ni lama tersimpan dalam draft. Hehe. Saje nk letak dalam blog.  Kitorang pergi 3-5 November. Sekejap je 2 malam 1 hari. 5 November tu time raya haji pulak tu. Sbb dah book semua, so kitorang pergi jela. Lagipun masa tu dah nak masuk musim tengkujuh. So kena la gi cepat. Aku pergi tiga orang dengan member aku Syaza and Sheril. Amek package yang RM260/pax tu.

Kitorang bertolak daripada hentian putra bas sampai ke kuala terengganu. Tu je yang dapat. Pakej tu tak termasuk bas sekali so kena la beli sendiri. Tiket balik tak beli lagi sebab ingatkan sampai sana baru nk beli yang dari besut terus. Tapi sampai2 takde pun tiketnya. Carik punya carik dapat la bas Sani express itu pun pukul 10 malam. Bas lain memang dah takde dah. Diorang kata sebab raya, bas memang susah nk dapat so nak tak nak beli jela bas 10 malam tu RM40.

Aku tido kat Rock Garden Chalet. Bad experience gak la bagi aku tido sini. Sebab murah agaknye kot. Tempat dia mcm chalet biasa la. Sebab murah so memang takde aircond. Ada la kipas dinding satu. Kecik cenonet tu pun berhabuk. Tu aku tak kisah sangat. Masalahnye, dia punya sliding door tak boleh kunci. Korang bayangkan lah kitorang duduk 3 orang dengan bilik tak berkunci. Tak ke seram. Bahaya kot. Memang dah risau la masa tu. Tapi tawakal je la masa tu. Siap ada yang bawak pepper spray lagi ok. Hahahha. Siap sendal selipar2 bawah pintu konon2 nk kasik orang tak boleh masuk. Bila ingat2 balik memang lawak. hahaha.

camni la bilik nye. ni bukan gambar aku tapi

Ni chalet tu dari luar

Hari sampai tu takde wat apa pun just jalan2 tepi pantai. Esoknya baru aktiviti snorkelling kitorang. Ada 6 tempat tak silap dia pergi. Tempat yg ada banyak ikan, tempat nk tengok baby shark, lepas tu singgah makan kat satu pulau ni.

Ni kira first time jugak la aku snorkelling. Best gak. Tapi memang penat gile sebab kena berenang. Ada sampai satu tempat tu, orang boat tu siap berhentikan kitorang tengah laut pastu suruh berenang sampai pantai. Dia dah gerak dulu pergi pantai. Bahaya jugak sebenarnya dia biar macam tu je in case berlaku apa2 kan. Masa tu jugak aku punya alat snorkelling yang tempat bernafas dari mulut tu jatuh dalam dasar laut. Kitorang memang tak boleh ambil sebab pakai life jacket. So aku pun jerit panggil geng mat saleh yang naik boat sama dengan kitorang suruh ambilkan. Diorang ni snorkelling takde nye pakai life jacket sebab pandai berenang. Aku tak pandai berenang so kena la pakai. Nasib baik la mat saleh tu ambilkan kalau tak gigih jugak la nk berenang sampai pantai tanpa alat pernafasan. Penat lak nanti kena sentiasa ambil nafas. Kalau pakai tu boleh stay lama sikit muka dalam air.





















Cantik tak gambar? on the day aku pergi tu gigih aku beli gopro semata2 nak ambil gambar dalam air semua. Pakai sekejap je lepas tu sekarang ni gopro aku tu jarang betul aku guna. Guna masa nak travel je la kot. huhu. 

Ok masa nak balik tu boat pagi jugak la so aku fikir macam lama gile nk tunggu bas pukul 10 malam dari KT ke KL. Kitorang dari Besut gerak ke kuala terengganu naik taxi. Mahal jugaklah bayar total dalam RM150 tak silap. Mahal ok. Sampai2 je KT, ada la jugak kaunter bas yang bukak so kitorang usha2 la ada je tiket gi KL. Sekali ada bas pukul 1pm. Perghhh rugi dah beli bas 10 malam. Takkan la kitorang nk tunggu sampai 10 malam kan. So nak tak nak beli je la tiket pukul 1 tu. Burnt RM40 aku hahahaha. 

So macam tu la cite kitorang gi perhentian. Plan ke laut sikit lah haha sebab masa tak kena sebab tu kot. Overall memang enjoy sebab dapat bercuti with le girlsssss. hehehe.

Will update later about my trip to Krabi pulak. See ya.

Friday, December 26, 2014

Good bye 2014

Hi everyone. Ada lagi ke orang baca blog aku ni kan? hehehe. Takpe la dah lama tak menulis saje singgah kejap.

Well 2014 so far really been a good year for me. I graduated my master's degree. But took quite long time to get permanent job. Tapi before dapat permanent job tu aku join SL1M – UMW:GEP (UMW Graduate Enhancement Programme) which I think very good for me as an exposure to the working world. Aku tak pernah cerita kot pasal SL1M ni dalam blog.

Aku balik dari UK hujung bulan satu, then join SL1M dalam bulan April macam tu la. Training tu akan ada training untuk soft skills kat UMW Shah Alam selama 5 weeks. Then you will be assigned to your respective UMW subsidary. Aku dapat kat UMW Oil & Gas under QHSE Department. Best! Dan aku dapat peluang first time pergi offshore masa kat sini. Dari dulu teringin nak pergi offshore kan. Aku kat sana sampai hujung bulan 10. Sebulan kat UMW Shah Alam, then 6 bulan kat UMW Oil & Gas specifically UMW Workover. Banyak gak la berjalan takde la dok office semata. Pergi yard kat Kemaman, pergi Miri dan offshore.

Sampai bulan 10 tu, UMW takde pun nk offer aku permanent job, tapi Alhamdulillah aku dah dapat offer kerja lain before training tu habis. Kira macam lagi sebulan nak habis, aku dah dapat kerja. Syukur sangat. Tempat kerja baru ni Oil & Gas company jugak. Still in the same department HSE.

So far, dah 3 bulan kat sini, ok la. Banyak belajar benda-benda baru. Orang2 sekeliling pn ok.

So I hope 2015 nanti will bring more happiness to me. Ada benda besar yang dah di plan. InsyaAllah moga2 dipermudahkan. Agak2 korang mesti tau apa dia kan. Haha :'>

Ok ni gambar summary aku kat UMW. hee




Masa training kt UMW Corp.

With Maisarah and Wani

Ekin and Syaza

At Gait 3 at Tukau C Miri

Photoshoot sket kat heli deck. haha

Ni dengan sso, materialsman and one of the crew. Abg baju biru tu baik sangat banyak dia ajar

Ni masa first time nak g

Ni la mechanic, bahrin. dia pun baik
Ni geng kat umwog Corp. Siap belanja makan masa aku nk habis haritu. Terharu. Semua baik sangat




Masa handle training kat KSB
Ini pulak masa traning kat Miri. Tengah tu boss aku, sporting.
Yang tudung pink tu member aku Yan, dak utm gak dulu.




training lagi

Sheril, DJ, yan and me.

Ok tu jela overall. Such a nice and wonderful memories with them.

Now lets create another wonderful memories for next year :)

Monday, February 24, 2014

Paris

Ni trip kedua aku ke Paris. Yang pertama masa Spring 2013. Kali ni aku pergi sebab nak bawak Hasrol yang datang jauh dari Malaysia masa konvo aku hari tu. Rugi la kalau tak jalan at least pergi satu negara lagi. So pilih Paris sebab dia nak sangat pergi sana. Aku kalau boleh nak pergi tempat yang aku belum pergi. Tapi takpe la kita ikutkan la karang merajuk hahaha.

Trip ni dua hari jer pergi 18 Januari balik 19 Januari supposedly. Kena supposedly? Sebab ada something happen yang membuatkan kitorang delay sikit tu nanti bawah sikit aku cerita. Kitorang pergi sana naik flight. Mula-mula plan nak naik eurostar. Masa tu aku cek mahal naik eurostar return ticket dalam £120 kalau tak silap. Kalau naik flight £80. Kira campur airport transfer semua kira less than £100 la. Nak jimat punya pasal kan. Sebenarnya kalau pergi before aku konvo tiket train murah gak la tapi aku risau pergi before konvo sebab takut stranded ke apa sebab snow ke kan. hehe. Tu yang kena pergi lepas konvo gak.

So bila naik flight ni agak leceh la sebab kena pergi airport lagi semua. Kebanyakan tiket tambang murah ni kat airport kecik. Jauh sikit dari central London. Kitorang naik flight kat Luton Airport. Kitorang gerak dari Sheffield malam 17hb sebab flight pagi2 18hb tu. So bila gerak malam sampai London tengah malam then gerak ke airport sampai dalam pukul 1 am camtu. So stay jela kat airport sebab tunggu flight pukul 7 am. Aku tido je kat kerusi airport tu sakit2 gak la badan sebab tido duduk hahaha. Dah biasa dah sebenarnya tido kat airport. Masa easter break and winter break dulu pon pernah gak hehe.

Flight ni sampai kat main airport Paris. Paris Charles-de-Gaulle. Senang sikit la takde la jauh sangat dari central Paris. Tapi naik train dari airport ke central ni mahal gak la dalam 9.80€ return. Kitorang naik train pergi central Paris ke Paris Gare du Nord. Ni kira main station untuk train kat central Paris. Kitorang stay kat hostel betul2 dekat dengan station Paris Gare du Nord tu, nama dia St Christopher's Inns. Hostel nya not bad la jugak. Agak modern so aku suggest kalau backpackers nak stay Paris boleh stay kat hostel ni. Aku pilih bilik yang female je semua, 10 beds. Bed dia pun ok siap ada langsir boleh tutup. Macam hostel aku pergi kat Croatia. Nice la. Tapi yang tak best sikit toilet dia kat luar bilik pulak. Tu yang tak best. Yang lain-lain semua ok. Dapat free breakfast jugak. Hasrol pulak stay kat mixed bedroom. Sebab tak silap aku takde yang male-only. Ada female only and mixed aje.

Bila dah dekat dengan main train station agak senang la jugak nak kemana-mana. Sampai hostel pagi la jugak dalam pukul 10am kot. Aku dah check-in and bayar online so sampai-sampai dia bagi kunci tapi dia kata boleh masuk bilik pukul 2am pulak. So kitorang decide letak beg kat loker lepas tu keluar. Locker dia sediakan. Ada bilik loker kat bawah. Murah jer tak ingat per hours berapa tapi maximum 3€ je charge dia per day. Not bad la kan. Mula2 pergi makan dulu sebab lapar. Kat area situ banyak gak kedai halal so no worries nak carik makanan halal kat Paris ni. Lepas makan kitorang carik bus stop bus hop-on-hop-off. Bas yang atas terbukak tu. Senang la amek tu sebab dia akan bawak kat semua attractions kat Paris ni. Dah tak payah pikir pasal transport dah just naik tu aje. Carik punya carik sampai jauh kitorang jalan rupanya stop nye betul2 depan station Gare du Nord tu sabo jela. Ada banyak company sebenarnya bus hop on hop off ni. Tapi kitorang pilih L'OpenTour. Yang ni banyak routes. So amek yang 2 days pass harga nya 36 €. Kalau 1 day pass harga 31 €. Tak banyak beza pun harganya.


Depan station Paris Gare du Nord
Kalau nak tau kat station Gare du Nord ni banyak gila immigrants. Sepanjang aku kat sana, masa aku jalan kiri kanan depan belakang semua warga india. Kenapa tah. Pelik jugak aku masa tu aku ada kat Paris ke kat India ni? kakaka.

Tempat macarons yang popular, Laduree.

With Eiffel Tower
Nice weather 
With Hasrol <3



Acah2 tengok map je ni. Dalam bus hop on hop off.


Ni hostel St Christopher's Inns. Privacy la jugak bila ada curtain tu
Kecik je aku siap leh pegang lagi. keke

Kat Paris ni banyak Arch. Ni namanya Aarc Du Carrousel
Dulu masa aku pergi takde lagi ferris wheel ni. Baru kot. 

Arc de Triomphe. 
Eiffelception. 
Serabai lak rasa. huhu.

Panoramic view at Musee de Louvre

Hari first ni kitorang jalan dekat Musee de Louvre, Eiffel Tower, Arc de Triomphe, Laduree dan kawasan-kawasan sekitar situ la. Esok pergi Eiffel lagi sebab dah beli tiket naik Eiffel. Before ni aku pergi aku tak naik pun. hehe. So kali ni mesti nak naik. Yang Laduree tu tempat popular macarons kat Paris. Memang kalau datang Paris kena la pergi sana sebab sedap macaron nye. Tapi mahal sikit la. hehehe. Kedai dia pun best. Dia macam cafe tapi nak dine in memang beratur panjang la. Aku take away macaron tu je tu pon kena gak beratur tapi tak de la lama.



------------------------------------------------------------------------



Hari kedua, kitorang keluar lepas breakfast. Breakfast start pukul 9 kalau tak silap. Dia ada sediakan hot drinks, roti, jam, nutella, cereals. Tu jela yang boleh makan. Yang ham takleh makan. Hoho. Lepas makan straight naik bus terus ke Eiffel sebab tiket naik Eiffel pukul 11++. Lama gak sebenarnya nak kesana naik bas hop on hop off ni sebab banyak berhenti. Malang lagi bas yang kitorang naik tu dia jenis tunggu orang kat station. Aku memang dah hangin dah masa tu. Yela kita beli nak naik bas tu bukan nak tunggu orang. Lama lak tu tunggu kadang2 ada sampai 10 minit. Buang masa kat situ je -_-". Nasib la sempat sampai Eiffel tapi lambat sikit. Aku tak sure kalau datang tak sama time dalam tiket boleh naik ke tak. Takut dia tak bagi je. Kitorang lambat dalam 15 min still boleh lagi naik.

Nak naik eiffel ni kalau beli on the spot kat situ memang berejam la nak tunggu sebab kena queue. So untuk siapa2 nak datang eiffel and naik sampai atas pakai lif, better beli online. Harga untuk sampai 2nd floor 9€ untuk adult. Kalau korang rajin nak naik tangga murah sikit la tapi penat kot. Better naik lif la. Boleh jugak naik sampai top harga 15€. If nak naik tu tiket kena beli kat 2nd floor. Kitorang tak naik sampai top haritu. Naik sampai 2nd floor pon aku dah gayat kekeke.

Again at Eiffel Tower
Jangan lupa beli cotton condy. Makan sambil menikmati pemandangan cewah

Ni pulak kat Musée National de la Marine. Tak masuk pun. Ramai orang datang sini sebab nak amek gambar Eiffel dari jauh. Dia ada macam kawasan lapang. So boleh tangkap gambar berlatar belakangkan Eiffel Tower.

Ni kat area nak ke Pont de l'Archevêché. Kat sini la aku kena tarik baju dengan
orang nk mintak derma secara paksaan. Jaga2.

Pont de l'Archevêché ni popular dengan love padlocks ni.
Ada satu lagi jambatan ada gak love padlocks ni. Yang tu dekat dengan area Musee de Louvre. Yang tu tempat berlakon cerita Now You See Me. Tapi yang paling popular yang kat area Notre Dame yang aku pergi ni la.


Notre Dame at the back

Kat sini banyak burung. Ada orang kasik makanan burung free kat sini.
So boleh la bergambar dengan burung yang tengah makan kat atas tangan kita. Hee
On top of Eiffel tower. Eh bukan. Kat 2nd floor je ni tapi kira atas la gak kan. hehe
Notre Dame Cathedral



Syok sendiri teehee

Panaromic view from 2nd floor of Eiffel Tower

Cantik kat Paris dari atas.

Aku tanya hasrol, nak buat love padlocks ni tak? Dia kata 'tak payah la'. huhuhu okayy :(


Ni view belakang Eiffel Tower. Eh ada ke depan belakang.
Haha. Kalau yang depan tu nampak Museum Marine tu
Aku rasa jambatan ni berat gila sebab banyak sangat padlocks ni. Beribu2 lemon okay


Ni pulak kat first floor Eiffel Tower



Ni Notre dame dari belakang


Alkisah lepas habis jalan-jalan dalam pukul 4.30pm kitorang gerak balik sebab nak kemas-kemas barang semua kan. Nak ker airport lagi. Masa tu ingatkan tiket flight pukul 9.30pm. Sekali dah sampai kat locker room, aku baru cek boarding pass. Sekali tengok rupanya ticket flight pukul 6.30pm. GILAAA!! Aku dah pelik aku rasa memang pukul 9.30pm masa aku book and aku siap buat itinerary semua dalam excel memang 9.30pm. Airport transfer dari Luton pon aku amek after 10pm so memang aku confirm la pukul 9.30pm. Rupanya baru aku sedar, aku yang salah book tiket. Aku plan amek yang pukul 9.30pm entah kenapa aku terbeli yang 6.30pm. Aku pon tak tau kenapaaaaa?  WHY OHH WHYY? Aku dah kaget masa tu apa nak buat ni? Memang kena balik awal sebab flight hasrol balik Malaysia esok petang. Memang by esok pagi nya kena ada kat London. Menggelabah dah masa tu. Aku cek la flight tengok semua mahal gila dalam £200++. Memang tak la. Tu option paling last sekali. Aku cek bas semua, idbus, megabus, eurolines. Jumpa! aku dah lega. Idbus ada tiket pukul 10 pm sampai London pagi esoknya. Nak book la ni sekali website ni prob. Tak boleh nak book. Bongok gile website dia asik reject transaction je. Kenapa tah. Memang sucks. Aku tengok la kot2 ada kaunter dia kat mana-mana. Memang ada tapi nak gi sana makan masa jugak by that time dah tutup. So tak boleh. Aku siap bukak blablacar lagi. Kekeke. Ada gak orang nk ke London malam tu tapi aku contact, dia nk sorang je pulak. Hadoiii. Last-last tengok eurostar. Tiket ke London pagi esoknya pukul 5.40am dalam £149 sorang. Mahal nyaaa tapi still lagi murah dari naik flight. Lagipon naik kat Gare du Nord dan sampai pon kat St Pancras London so tak payah airport transfer lagi. So decide amek tu je. Senang. Tapi tu la, ralat gila. Menyesal aku tak naik eurostar awal2 dari masa pergi haritu. Kalau tak dah senang dah. Takde la tertinggal flight ke apa. Wuaaaa. Takpela janji balik kan. 

So nak tunggu esok nya, kitorang stay lagi satu malam kat hostel tu. Mahal gak la sepatutnya semalam £15 je tapi beli last minutes kena dalam £30. So ok jela kan boleh gak rehat2 sementara nak tunggu esok. Dah la memang tengah penat. So esok nya pagi2 tak sempat nak breakfast kitorang gerak naik eurostar. 540 am ok pagi sangat. Haha. Aku ingatkan naik train takde security bagai rupanya ada gak. Immigration semua ada. Tapi takde la leceh macam naik flight. Cepat sikit la. Kitorang sampai London dalam pukul 9 am kalau tak silap dalam 2 jam lebih.

Just arrived London
Paris ni sebenarnya memang banyak tempat menarik tapi ada certain things yang membuatkan imej dia terjejas. Contohnya kat sana melambak orang afrika yang jual2 souvenir. Dia akan approach dan paksa korang untuk beli. Kadang2 sampai kena kejar. Macam aku haritu dia siap kejar gila cuak. Dah la diorang geng ramai. Memang kena jaga-jaga la. Lepas tu kalau dalam train pulak, akan ada orang gypsy biasanya perempuan dan budak-budak. Diorang akan bagi note kecik kat situ diorang tulis diorang orang susah la, mak sakit la etc etc. Dia akan biar pass kat semua orang dalam train tu. Then dia datang seround lagi mintak duit. Biasa aku buat donno je tak sentuh langsung kertas tu. Dan kat area attractions contohnya kat Eiffel Tower, Notre Dame nanti akan ada orang approach dia akan tanya 'do u speak english?'. Then dia akan suruh sign satu paper ni konon-konon untuk support cancer ke apa tah. Itu pun kalau boleh buat tak tau jer. Aku haritu ada minah tu sampai tarik-tarik baju aku ganas-ganas paksa aku suruh sign. Once korang sign dia akan mintak duit. Aku mula-mula haritu macam dah percaya tau, sekali aku tengok kat kertas tu ada orang tulis 20 euro, 10 euro terus aku pelik. Mesti dia nak mintak duit. Tu yang aku blah terus. Lagi satu kat Paris ni metro dia kotor sangat. Memang beza la kalau compare dengan tube kat UK. Boleh pulak haritu masa aku pergi, ada macam bocor tau kat level underground on the way nak pergi metro tu. Sekali nampak taik kat situ. Yucckss! Kat dinding-dinding pon kena sekali. Pelik aku. Takde maintenance ke sampai camtu sekali. Dan kalau nak naik train tu dah la ramai bersesak-sesak sangat. Memang kena berjaga-jaga kat sana ramai pick pocket.



Macam kotor sikit kan. Dan aku rasa macam serabut. 

Ok tu je la nak cerita kisah aku ke Paris. Sekarang dah balik Malaysia nak travel kat belah asia pulak. Teringin nak pergi Korea dan Indonesia. Hehe.

Apa-apa pun, I love Paris ♥ 

Bye